Tarikh  : 10 - 12 Ogos 2026Â
Masa   : 8.00 pagi – 5.00 petangÂ
Tempat : TECC 3, Politeknik Seberang PeraiÂ
Â
MAKLUMAT UMUM
Pertandingan FutureTech Additive Manufacturing Edu Challenge ini dianjurkan oleh Unit RUC (AMMEC), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai. Program ini bertujuan menyediakan platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan teori kepada penyelesaian masalah sebenar dalam bidang pembuatan moden, di samping memupuk kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi.
Â
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Additive Manufacturing (AM).
Mengaplikasikan konsep teori kepada situasi sebenar dalam industri pembuatan.
Memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan peserta.
Meningkatkan keupayaan peserta dalam kerja berpasukan dan penyelesaian masalah teknikal.
Â
SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan dijalankan secara TERTUTUP.
Penyertaannya melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) DTP dari seluruh Malaysia.
Pertandingan dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan maksimum 4 orang peserta.
Â
IMPAK PROGRAM TERHADAP PELAJAR
Meningkatkan kemahiran teknikal dan aplikasi Advanced Manufacturing, di samping memupuk kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif serta kebolehpasaran graduan, selaras dengan United Nations SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) dan SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur).