OBJEKTIF UTAMA KARNIVAL INOVASI DAN EKSPLORASI STEM @POLYCC 2026
Menggalakkan penerokaan ilmu dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Untuk menggalakkan minat dan keterlibatan pelajar dalam bidang STEM melalui aktiviti interaktif, bengkel, dan pertandingan yang menarik serta berinformasi.
Memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti serta sekolah
Proses mencipta, menambah baik atau mengaplikasikan idea baharu yang lahir daripada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains (Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik (Mathematics) untuk menyelesaikan masalah sebenar atau meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
Mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti kepada komuniti
Melaksanakan program outreach dan promosi politeknik dalam menjadikan politeknik sebuah institusi pilihan pelajar lepasan SPM/setaraf
Mewujudkan jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, dan industri
Untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara institusi pendidikan, pihak industri, serta komuniti dalam usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan serta memperkasa ekosistem STEM di peringkat politeknik.
Menonjolkan Potensi dan Kerjaya dalam Bidang STEM
Untuk membuka peluang kepada pelajar untuk meneroka pelbagai kerjaya dalam bidang STEM dan memberi gambaran jelas tentang potensi kerjaya yang boleh dicapai melalui pendidikan STEM.
IMPAK KEPADA PELAJAR
Meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam bidang STEM.
Mengasah kemahiran praktikal melalui aktiviti hands-on.
Memberi pendedahan kepada peluang kerjaya STEM.
Merangsang kreativiti dan inovasi pelajar.
Membina kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerjasama.
IMPAK KEPADA PENSYARAH
Memperkukuh pendekatan pengajaran STEM yang lebih inovatif.
Membuka peluang kolaborasi bersama pihak industri.
Menggalakkan pembelajaran hands-on dalam PdP.
Memperluas perkongsian ilmu dan jaringan pendidikan.
IMPAK KEPADA INSTITUSI
Meningkatkan imej institusi dalam pendidikan STEM.
Memperkukuh kerjasama dengan sektor industri.
Melahirkan graduan yang lebih berdaya saing.
Meningkatkan kualiti pendidikan STEM secara praktikal.
Membina jaringan pendidikan STEM yang lebih kukuh.
IMPAK KEPADA KOMUNITI
Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STEM.
Membangunkan modal insan berkemahiran tinggi.
Menggalakkan inovasi dan keusahawanan teknologi.
Membantu penyelesaian masalah komuniti melalui STEM.
Merapatkan jurang digital dalam komuniti.
Menyokong daya saing negara dalam ekonomi global.